KOMEN KEPADA KENYATAAN WEBMASTER
Saya nak buat komen
tentang rencana berikut :
tajuk :KENYATAAN KHAS BUAT TMNET DAN JARING /
MENAFIKAN SUKATAN DAN TIMBANGAN url : http://mindarakyat_2.tripod.com/2000dis/i2000-3097.htm
Sebagai
syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan server bagi pihak kerajaan Malaysia
atas kemudahan talian yang disebut sebagai 'internet' maka kamu adalah bertanggungjawab
sepenuhnya menyempurnakan perjanjian yang telah kamu metrai dengan para
pelanggan yang terdiri dari rakyat negara ini, dengan bayaran yang setimpal
yang telah dipersetujui bersama.
Tmnet dan Jaring merupakan dua
buah penyedia kemudahan internet (ISP) terbesar di malaysia ini. Selain Tmnet
dan Jaring ada syarikat lain seperti putra, nasionet, IBM, Digi, Celcom, Maxis
dan beberapa lagi yang juga menyediakan perkhidmatan laluan internet.
Perkataan
"mengendalikan server bagi pihak kerajaan Malaysia" membawa berbagai makna. Server
itu sendiri ada berbagai jenis seperti ftp server, web server, proxy server,
mail server ....
Benar Jaring/Mimos mengendalikan sebahagian besar fungsi
internet untuk Malaysia seperti web hosting untuk jabatan kerajaan dan syarikat
swasta, ip address tetap, ip block untuk sesiapa yang berminat, DNS server
untuk Malaysia, MYCERT ... banyak lagilah tetapi tidak benar jika dikatakan
"server bagi pihak kerajaan Malaysia" dikendalikan sepenuhnya oleh
Tmnet dan Jaring.
Sebarang usaha
menafikan hak meng'access' laluan ke server kamu dengan niat kamu mematuhi
arahan Dr. Mahathir atau menteri-menteri yang telah diarahkan olehnya atas niat
menyekat pelanggan melayari laman-laman kesukaan mereka, maka adalah haram bagi
kamu menerima pendapatan dari perjanjian itu.
Setahu
saya Tmnet dan Jaring tidak memblock access ke laman web tertentu. Kalau ada
laman tertentu tak boleh masuk cuba gunakan proxy. Ada laman tertentu memblock
access untuk ip block tertentu. Untuk pengetahuan, Jaring menggunakan proxy
cache manakala Tmnet terus ke internet. Jaring oklah dia tahu apa itu internet
tapi Tmnet memang teruk tak boleh pakai. Line slow, tak boleh surf, mail server
down ....
Cara paling mudah untuk mengetahui mengapa laman web tertentu
tidak dapat di access ialah dengan melihat error message yang keluar pada web
browser. Untuk pengguna2 internet explorer 4/5 error message yang dipaparkan
tidak boleh dipakai. Sila ubah-ubah seting pada internet explorer tersebut atau
gunakan saja netscape.
Terdapat beberapa sebab mengapa laman web
tertentu tidak dapat di access.
1. Web server tempat laman tersebut down. 2.
Web server tersebut overload (terlalu ramai pengguna dalam satu-satu waktu) 3.
DNS time out 4. Internet trafik sesak 5. Local internet trafik sesak 6.
Sambungan dari web hosting ke internet ada problem sikit (bandwidth tak cukup) 7.
Laman tersebut telah dibuang oleh web hosting 8. Masalah pada proxy server -
bagi yang guna proxy.
Kepada yang nak bebincang tentang IT
boleh pergi ke laman ini : http://www.egroups.com/group/celik-it atau
hantar email kepada mailto:celik-it-subscribe@egroups.com
Disclaimer
: Saya tiada sebarang kaitan dengan Jaring, Tmnet, Celik IT atau egroups
sekadar end user sahaja. Semua yang ditulis adalah pendapat peribadi.
Nota webmaster: Terima kasih kepada penulis yang
sudi memberikan komen anda. Moga-moga akan bertambahlah ilmu pengetahuan kita
bersama tentang IT
|